Friday 24 April 2009

BERJIWA BESAR DALAM BERGERAK KERJA


BERJIWA BESAR DALAM BERGERAK KERJA




Walaupun begitu, kita perlu berjiwa besar dalam bergerak kerja. Sebagai contoh, kita mahu menyiapkan gerak kerja kita dalam tempoh 24 jam sedangkan pada masa yang sama kita disibukkan dengan mesyuarat, kuliah, dan tugasan. Kalau diikutkan realiti, mungkin mustahil untuk kita melaksanakannya, tetapi dengan sifat kita untuk menyelesaikan gerak kerja, maka dengan perancangan yang teratur, perkara yang dilihat mustahil, mampu untuk dilakukan.Dalam aspek lain pula, berjiwa besar dapat difikirkan sebagai mempunyai wawasan, visi, misi yang idealistik. Perlunya ada di antara orang yang terlibat dalam mana-mana gerak kerja untuk berfikir ‘out of the box’ atau dalam bahasa yang mudah, idea yang gila. Idea yang belum pernah lagi dilakukan di kawasan tersebut, yang mungkin dapat mengubah persepsi orang yang melakukan dan melihatnya.Ataupun berjiwa besar dalam tingkah laku. Dalam pemakaian, percakapan, cara berjalan, dan sebagainya yangi dapati dilihat secara fizikal.Perlunya orang yang berjiwa besar dalam mana-mana gerak kerja adalah sebagai pemangkin kepada ahli dalam gerak kerja tersebut, tidak kisah samada dalam bentuk motivasi atau provokasi. Yang penting, setiap ahli perlu menerima (motivasi) dan berlapang dada (provokasi) untuk menerima kewujudan ‘pemangkin’ tersebut.BATASANNYANamun begitu, hidup biar bersempadan. Allah S.W.T telah menetapkan kepada kita sempadan-sempadannya. Dalam segala tingkah laku kita yang berjiwa besar itu, perlulah berada dalam batasan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T agar mendapat keberkatan dan juga keredhaanNya dalam segala tindakan kita. Tidak ada baiknya kalau perkara yang dilakukan mendapat kemurkaan dari Allah S.W.T, baik di dunia ataupun di akhirat .Perlulah kita ingat tujuan dan matlamat kita dihidupkan.

Tuesday 21 April 2009

Keunggulan Peribadi

Jujur dan ikhlas dalam perbuatan
Amanah dipegang lambang kekuatan

Rendah diri tanpa menunjuk-nunjuk
Jika merajuk mudah dipujuk.

Gemar membuat amal kebajikan
Tidak suka melakukan kejijikan

Memberi penghargaan dan memuji
Tidak gemar mengutuk dan mengeji

Petua Nenek Moyang


Bawang Hilangkan Rasa Masin Kuah


Gulai atau masakan berkuah sememangnya menjadi kegemaran dan menjadi hidangan utama dalam penyediaan makanan. Ketika memasak atau menyediakan lauk berkuah, kadang-kadang kita terlebih bubuh garam. cara mengatasinya, ikutilah petua ini . Ambil dua labu bawang merah besar, kupas kulitnya dan belahkan bawang kepada dua bahagian, kemudian masukkan ke dalam kuah yang masih mendidih. Anda pasti akan mendapat rasa yang diidamkan..........SELAMAT MENCUBA!!!!!!!

Sunday 19 April 2009

Gurindam


Inilah sebahagian Gurindam Dua Belas Karya Raja Ali Haji yang menjadi tajuk Assignment yang diberi oleh Prof. Dr. Arbai'e Sujud.


dengan bapa jangan durhaka

supaya Allah tidak murka


dengan ibu hendaklah hormat

supaya badan dapat selamat


dengan anak janganlah lalai

supaya boleh naik ke tengah balai


dengan isteri dan gundik janganlah alpa

supaya kemaluan jangan menerpa


dengan kawan hendaklah adil

supaya tangannya jadi kapil

Berapakah warna pelangi


Untuk pengetahuan semua,,,, Sebenarnya terdapat lebih daripada 100 peringkat warna yang berbeza dalam warna pelangi, tetapi kita hanya dapat memandang tujuh warna sahaja dalam pelangi iaitu merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu.


Pelangi terbentuk apabila cahaya matahari menembusi titisan air. Cahaya matahari kelihatan tidak berwarna dan dipanggil cahaya putih. namun, sebenarnya cahaya matahari terdiri daripada kesemua warna dalam pelangi. titisan air memecahkan cahaya putih kepada semua warnanya yang berlainan. tujuh warna utama pelangi dipanggil Spektrum.

Wednesday 15 April 2009

Pantun empat kerat


Sarat lepa dengan muatan,
Orang berebut ke Semporna;
Tidak kulupa budimu tuan,
Kusebut-sebut kusimpan lama.

Dari Keningau naik kereta,
Lori papan ke Apin-Apin;
Tidak kuhirau di depan mata,
Bila berjauhan amat prihatin.

TELUK INTAN


Berdiri megah Menara Condong Teluk Intan. Lambang sejarah Negeri Perak. Tinggalan sejarah yang menjadikan Teluk Intan terkenal.


BUDI BAHASA

Agama Islam jadi pegangan,

Tersebar luas ke seluruh dunia,

Indah lukisan kerana pemandangan,

Indah bangsa kerana budaya.


Bersama-sama mempertabatkan bangsa,

Supaya terkenal diserata dunia,

Tolong menolong sesama kita,

Amalan mulia berbudi bahasa.


Negara Malaysia berbilang bangsa,

Sudah dikenali serata dunia,

Yang muda hormat pada yang tua,

Berbudi bahasa amalan kita.


Indah sungguh Negara Malaysia,

Ada pelbagai adat dan budaya,

Tak kira kaum atau bangsa,

Marilah kita amalkan berbudi bahasa

pantun


Jikalau tuan tajuk cendana,
Ambil
gantang jemurkan pala,
Jikalau tuan bijak laksana,
Binatang apa ekor di kepala?

Jikalau tuan tajuk cendana,
Ambil gantang sukatkan padi,
Jikalau tuan bijak laksana,
Binatang apa bertanduk di kaki?

Jikalau tuan tajuk cendana,
Ambil gantang sukatkan pulut,
Jikalau tuan bijak laksana,
Binatang apa tanduk di mulut.

Belayar perahu dari Berandan,
Menuju arah Selat Melaka,
Lebar kepala dari badan,
Apakah itu cubalah teka.

Burung nuri burung dara,
Terbang ke sisi taman kayangan,
Cubalah cari wahai saudara,
makin diisi makin ringan.

Hari-hari ke rumah Cik Hitam,
Melihat orang memotong tebu,
Apa binatang darahnya hitam,
Janggut delapan tulangnya satu.

Bukan kerang atau siput,
berkaki bertangan bukannya kompot,
Terkelip-kelip duduk terseliput,
Merayap sepanjang di paya di rumput
.

pemandangan kampungku


Inilah gambar pemandangan kampung halamanku, di mana negeri kelahiranku sendiri......

SAJAK : ANAKKU
Anakku

apabila suaramu memecah kelahiran

tahulah aku

seluruh urat nadi di tubuh ini

mesti diperah

mengalirkan susu di kerongkongmu.
Anakkua

pabila engkau mula membesar

untuk menyedut nafas kemerdekaan

mengertilah aku

seluruh kebijaksanaan bangsamu

terpaksa dipadu dikerah

mendidikdan mengawalmu.
Anakku

apabila engkau menjadi semakin remaja

dengan gagah melihat bumi bonda ini

sebagai titik di sebuah dunia

fahamlah akusesungguhnya

aku dan seluruh guru-gurumu

memerlukan sebuah kepastian.
Anakku

apabila engkau benar-benar dewasa

insaflah aku

bahawa engkau

berdepan dengan seribu kejahilan

dengan hakikat dan pengalaman.
Anakku

apabila engkau akan menjadi semakin tua

bersyukurlah aku

jika engkau sedar

segala yang meratah fikiran rasa

kuselama ini ... selama aku

menjadi ayah dan gurumu.