Friday 28 August 2009

perjalanan hidupku


Perjalanan Hidupku
(bahagian 1)
Nama sebenar aku ialah Nazrah Binti Md Yang Ghazali. Aku dilahirkan di sebuah kampung di Perak iaitu Kampung Gajah. Aku mempunyai 14 orang adik beradik, tapi ada 13 orang sahaja sebab seorang dah dijemput Ilahi. Tuhan lebih menyayanginya. Aku merupakan anak ketujuh. Kira di tengah-tengah lah. Nak kata manja tidak , tak manja pun tak juga. Fair and square. Nama ayah aku Md Yang Ghazali bin Hasaina. Orang darah Pakistan. Hensem macam Yusof Haslam. Tapi dia dah tiada lagi, dah dijemput Ilahi juga. Nama emak aku Bariah Binti Zakaria. Pada dialah tempat nak mengadu masalah. Masa zaman kanak-kanak aku berkawan rapat dengan kawan sekampung aku iaitu Umi Salmah Binti Yahya dan Fauziah Binti Arshad. Kami digelar Tiga Dara Pingitan oleh kawan-kawan di sekolah, sebab kemana-mana sahaja mesti pergi bersama-sama. Aku bersekolah di SK Pasir Panjang Ulu dan bersekolah menengah di SMK Dato Seri Maharaja Lela.
Masa kat sekolah menengah le yang paling seronok. Ramai peminat. Cikgu pun minat kat aku. Tapi masa tu jual mahal. Ingat dalam kepala nak belajar je. Alhamdulillah, aku dapat result bagus, tapi bila dah tingkatan 5 aku masuk asrama, mulalah aku malas dan mengulat, dan hasilnya keputusan peperiksaan SPM aku teruk juga berbanding dengan keputusan dari tingkatan 3 hingga 4 lebih baik. Menyesal rasanya masuk asrama. Kalau tak tentu aku dah ada PhD dah sekarang. Bersambung………

Saturday 15 August 2009

Sajak : Permata Hatiku

Permata hatiku
Hadirmu membawa sinar dalam hidupku
Membawa keserian dalam duniaku
Melengkapkan seri rumahtanggaku

Permata hatiku
Hadirmu membawa tuah
Tanpamu hilanglah ceria hidupku
Hadirmu mengenalkanku erti kasih sayang
Hadirmu menerapkan nilai keibuan

Permata hatiku
Engkaulah ratu hatiku
Membesarmu di depan mataku
Kerenahmu menghilangkan penatku
Keletahmu menceriakan hidumku

Permata hatiku
Andainya satu hari nanti
Aku tiada lagi di sisimu
Harungilah hidupmu
Dengan bekalan dunia dan akhirat
Agar engkau sentiasa beringat

Permata hatiku
Doaku sentiasa mengiringimu
Harapanku agar
Permata hatiku
Menjadi insan berguna
dan diberkati selalu

Permata hatiku
Engkaulah permata hatiku.