Friday 28 August 2009

perjalanan hidupku


Perjalanan Hidupku
(bahagian 1)
Nama sebenar aku ialah Nazrah Binti Md Yang Ghazali. Aku dilahirkan di sebuah kampung di Perak iaitu Kampung Gajah. Aku mempunyai 14 orang adik beradik, tapi ada 13 orang sahaja sebab seorang dah dijemput Ilahi. Tuhan lebih menyayanginya. Aku merupakan anak ketujuh. Kira di tengah-tengah lah. Nak kata manja tidak , tak manja pun tak juga. Fair and square. Nama ayah aku Md Yang Ghazali bin Hasaina. Orang darah Pakistan. Hensem macam Yusof Haslam. Tapi dia dah tiada lagi, dah dijemput Ilahi juga. Nama emak aku Bariah Binti Zakaria. Pada dialah tempat nak mengadu masalah. Masa zaman kanak-kanak aku berkawan rapat dengan kawan sekampung aku iaitu Umi Salmah Binti Yahya dan Fauziah Binti Arshad. Kami digelar Tiga Dara Pingitan oleh kawan-kawan di sekolah, sebab kemana-mana sahaja mesti pergi bersama-sama. Aku bersekolah di SK Pasir Panjang Ulu dan bersekolah menengah di SMK Dato Seri Maharaja Lela.
Masa kat sekolah menengah le yang paling seronok. Ramai peminat. Cikgu pun minat kat aku. Tapi masa tu jual mahal. Ingat dalam kepala nak belajar je. Alhamdulillah, aku dapat result bagus, tapi bila dah tingkatan 5 aku masuk asrama, mulalah aku malas dan mengulat, dan hasilnya keputusan peperiksaan SPM aku teruk juga berbanding dengan keputusan dari tingkatan 3 hingga 4 lebih baik. Menyesal rasanya masuk asrama. Kalau tak tentu aku dah ada PhD dah sekarang. Bersambung………

4 comments:

  1. Wahai dara pingitan...
    Usahlah dikesali nasib yang telah berlalu...kerana itu semua adalah kenangan yang pastinya tidak akan berulang lagi...tapi tetap maniskan, jika diingatkan kembali. Pasti boleh membuatkan kita senyum sendirian...hahaha.

    Yang pastinya di hadapan kita sekarang yang sedang belajar kat UPM. Akak yakin naz masih muda dan semangatpun masih membara...lepas ni sambung master dan seterusnya PhD ye...
    Nanti jadi 'DOKTOR NAZ' glemer nama tu...hehehe

    ReplyDelete
  2. Bercakap tentang masuk asrama, Ooi juga hendak tinggalkan komen.

    Sekolah asrama bukan tidak bagus, cuma...tak bagus sangat! (cewahh..Kontradiksi pulakk)

    Lebih kurang 7 tahun yang lalu, adik lelaki saya memperoleh keputusan cemerlang dalam PMR, lalu mendapat tawaran ke MRSM. Kalau MRSM, jawapannya kena tinggal asrama lah.
    Saya membantah. Semua orang terkejut. Sebab pada saya, dia boleh masuk asrama jika dia memang dedikasi. Tapi, adik lelaki... susah nak cakap. Saya takut dia berubah. Jadi, saya memang bantah.

    Haha..macam ketua! Ayah dan ibu, termasuk adik dengar saja arahan kakak sulungnya. Kisah seterusnya, dia tolak tawaran ke MRSM, terus belajar di SMK. Dia cemerlang lagi dalam SPM, kemudian masuk matrikulasi.
    Kini, dia dalam tahun terakhir, jurusan Optometry di UKM. Syukur.

    ReplyDelete
  3. Setiap orang ada kenangan hidupnya. Kalau sudah pilih, janganlah kita kesal atau mengadu. Yang penting sekali, menghargai apa yang kita ada sekarang. Bersyukur.

    ReplyDelete
  4. tak per...masa banyak lagi...amik master kat mana..mana.belajar tiada hujungnya..

    ReplyDelete