Saturday 15 August 2009

Sajak : Permata Hatiku

Permata hatiku
Hadirmu membawa sinar dalam hidupku
Membawa keserian dalam duniaku
Melengkapkan seri rumahtanggaku

Permata hatiku
Hadirmu membawa tuah
Tanpamu hilanglah ceria hidupku
Hadirmu mengenalkanku erti kasih sayang
Hadirmu menerapkan nilai keibuan

Permata hatiku
Engkaulah ratu hatiku
Membesarmu di depan mataku
Kerenahmu menghilangkan penatku
Keletahmu menceriakan hidumku

Permata hatiku
Andainya satu hari nanti
Aku tiada lagi di sisimu
Harungilah hidupmu
Dengan bekalan dunia dan akhirat
Agar engkau sentiasa beringat

Permata hatiku
Doaku sentiasa mengiringimu
Harapanku agar
Permata hatiku
Menjadi insan berguna
dan diberkati selalu

Permata hatiku
Engkaulah permata hatiku.

7 comments:

  1. Permata hatiku jua,
    ada dua,
    membesar di depan mata,
    macam-macam karenah,
    anak yang meningkat remaja.

    Marah bukan marah,
    jeling bukan benci,
    diam bukan merajuk,
    permata hati tidak mengerti,
    itu tanda ibu mengajar,
    itu tanda ibu mendidik,
    itu tanda ibu sayang.

    Hajat di hati,
    nak tamabah lagi,
    tapi belum rezeki,
    tuham lebin memahami,
    tentang keinginan ini.

    **********************************************
    p/s : anak nazrah dah berapa orang? tentu cun-cun macam maknya.....

    ReplyDelete
  2. Ibu oh ibu,
    Memang mulia hatimu,
    Sentiasa bimbang,
    Sentiasa berdoa,
    Agar hidup bahagia,
    Jangan khuatir,
    Jangan duka,
    bila kudewasa,
    Ku balas jasamu.

    ReplyDelete
  3. Permata hati..
    Keibuanku pasti tersentuh
    Walau ragammu pelbagai
    Sebak jiwa ini jika dirimu merana

    Duhai anak-anak
    Mengertilah perasaan ibu-ibumu ini
    Setiap saat pasti amat berharga
    Mencurah kasih sayang abadi
    Hanya untuk dirimu

    p/s:naz,jangan merungut dengan kebuasan anak jantan hang tu. InsyaAllahi... anak itu yang akan menjaga hari tuamu..

    ReplyDelete
  4. Anak-anak bonda
    kau racun berbisa
    kau juga penawar pengubat segala derita
    sinar segala cahaya gembira

    Mahu jadi racunkah dikau
    Atau menjadi penawar berharga

    Dan di tangan kita juga tercoraknya
    masa depan mereka.

    Amanah yang mesti dipelihara
    bukan dengan limpahan kasih semata-mata
    bukan hanya taburan kemewahan harta
    ilmu yang lengkap dunia akhirat
    berhiaskan akhlak dan taqwa

    Ya tuhan kami...
    jadikanlah anak-anak kami anak-anak soleh solehah

    ReplyDelete
  5. hannan permataku
    sesekali terkenangkan dirimu
    terasa sayupilu
    bukan ku kesali kurniaanNya
    namun ku tak pasti
    apa kudrat ku untuk
    mengubah takdirmu

    hannan cahayaku
    ku selami hatimu
    yang suci
    dengan senyuman
    kau harungi kehidupan
    yang tak pernah kau
    fahami duniaku

    hannan teman sejati
    sesekali ku terasa
    rahsia yang terselindung
    disebalik Nya
    pasti menantimu
    diperjalanan waktu
    yang tak diketahui
    oleh sesiapa

    hannan yang suci
    kau tetap dalam
    doa dan ingatan ku
    kau mengajar ku tentang
    ketabahan dan kebahagiaan
    kesyukuran yang tiada batasan

    ReplyDelete
  6. Cahaya Hatiku
    Engkaulah sinar
    Engkaulah permata
    Engkaulah intan
    Engkaulah kaca
    Anugerah Ilahi
    Yang tiada tandingnya
    tidak boleh ditukar ganti
    Hanyala engkaulah
    Cahaya hatiku
    Pengubat hati
    Di kala duka dan lara
    Pengubat resah
    Di kala hati gundah
    Pengubat sunyi
    Di kala sedih
    Aku menghargai anugerah ilahi ini.
    Itulah cahaya hatiku

    ReplyDelete
  7. Sayup...
    Terdengar suara anak girang
    Berlarian bersama anak-anak kecil lain
    Ku tersenyum bahagia
    Bahagia melihat keletah, gelagat
    Gelak tawa anakku.

    Jauh di sanubari...
    Ku panjat doa padamu ya Allah
    Moga bahagia ini kekal abadi
    Milikku..yang pasti penyambung generasi

    ReplyDelete